Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik olehMalaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian Umum Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh
berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada
malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“
|
Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu
Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir
beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki
Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar
Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku
pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan
keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku
tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda selesai sembahyang,
Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu
Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada
malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar,
memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan
nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang
dengki.”
|
”
|
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan
amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti
dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang
baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu
senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu
Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya
untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak
mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau la
Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata:
"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang
akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban
berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah
dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang
yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam
Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
"Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada malam
Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul
Qadar."
Malam pengampunan
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah menilik kepada
hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi
melainkan dua golongan manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang
bermusuhan)."
Musyahin menurut tafsiran Imam al-Auza'i bermakna
setiap pelaku bidaah yang
memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah
(Muhammad ).
Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani': Saya bertanya
Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang
meninggalkan sunnah Nabi , orang yang menikam umatnya dan menumpahkan
darah mereka.
Dalam riwayat lain pula Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban,
maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang
kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka
meninggalkannya."
Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah r.a berkata: "Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah , maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda di Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda bersabda: "Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah r.a berkata: "Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain."
Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT
melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa
hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."
Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali
sujud lalu membaca: "Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada
kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada
azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana
pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh
saudaraku, Daud a.s "Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan
berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya."
Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa:
"Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak
kufur dan tidak celaka."
Daripada Abu Darda' r.a, bahawa Nabi bersabda:
"Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun
ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah
mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang
yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang
meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal.
"Dia juga meminggirkan orang-orang yang
berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa
bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang
membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan
silaturrahim."
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi
dari Aisyah r.a. yang menjelaskan perginya Rasulullah ke Baqi' dan
turunnya Tuhan pada Nisfu Syaaban ke langit dunia, mengampunkan dosa-dosa
manusia sekalipun lebih banyak dari bulu kambing biri-biri Bani Kalb. Namun
dikatakan sanad hadis Aisyah ini lemah dan terputus.
Doa dikabulkan
Abu Sa'id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah.
Maka Aisyah berkata, "Wahai Abu Sa'id! Ceritakanlah kepada saya suatu
hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah , maka saya akan
menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh
Baginda ."
Berkata Abu Sa'id r.a, "Apabila
Rasulullah keluar solat Subuh, Baginda akan membaca:
"Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan
cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan
cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan
tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku."
Dalam riwayat lain Rasulullah berkata kepada
Aisyah: "Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan
menzalimimu?" Aisyah berkata, "Saya berkata, "Bukan begitu,
wahai Rasulullah!" Sabda Baginda: "Telah datang kepada saya Jibril
a.s. dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban.
Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan
bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang
musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan
silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang
menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak."
Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda kalimah
yang dibacanya, maka Baginda bersabda, "Wahai Aisyah! Adakah kamu telah
mengetahuinya?" Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda,
"Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril a.s. telah mengajarnya kepada
saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud."
Sumber: